"Salute to Seafarer"
Demikian tema yang di berikan oleh Jabatan Laut Malaysia pada tahun ini sempena sambutan 'Hari Terbuka Pelaut' yang telah diadakan di Ibu Pejabat, Jabatan Laut Wilayah Tengah, di Pelabuhan Klang, bersama-sama dengan IMO yang menyambut tahun 2010 yang di dedikasikan kepada pelaut dengan slogan '2010: Year of the seafarer'.
Saya berfikir, kali ini apa pula yang akan diwar-warkan oleh Jabatan Laut untuk kebaikan para pelaut Malaysia ??? berdebar-debar hati menunggu ucapan yang berbahagia Dato' Ketua Pengarah Laut.
'SDPx - JobSeeker', itulah yang disebut beliau..... 'BIASISWA' ditambahnya pula...
Pada hari tersebut seramai 6 orang yang menerima Biasiswa-KWPPL, 'syukur'... dalam hati ini berkata. Akhirnya Jabatan Laut membuka lembaran baru, setelah sekian lama ditunggu-tunggu. Dahulunya, Jabatan ini ada memberi kemudahan pinjaman kepada pelaut tempatan, namun disebabkan pulanganya tidak memuaskan, duit pun tidak dapat rolling, program tersebut diberhentikan. Ini sama dengan kes PTPTN la ni, peminjam tidak membayar balik pinjaman. Walaupun permohona biasiswa tersebut telah ditutup untuk tahun ini, namun permohonan baru akan dibuka tahun hadapan. Dinasihatkan kepada warga pelaut agar sentiasa melihat dan menyemak notis Jabatan Laut atau melayari
www.marine.gov.my untuk makluman lanjut.
Apa pula SDPx-JobSeeker ??? dalam ucapan beliau, modul JobSeeker adalah satu platform yang diwujudkan dibawah sistem SDPx (online), tujuan utamanya adalah sebagai pengantara komunikasi terhadap syarikat perkapalan dan pelaut Malaysia. Platform ini memberi kemudahan secara PERCUMA kepada pelaut tempatan yang mencari kerja atas kapal.
Secara ringkasnya, pelaut tempatan hanya perlu memohon secara online, membuat pengakuan dan menerima syarat-syarat permohonan sebelum menghantar permohonan secara online. Sejurus butang 'Hantar' di klik, nama pelaut tersebut akan disenaraikan dalam sistem SDPx-JobSeeker. Apakah syarat-syarat permohonan ??? jika anda membaca artikel dalam blog ini berkenaan 'Kad Pelaut' dan 'Pendaftaran Permohonan melalui SDPx' anda akan faham syarat-syarat yang diperlukan.
Dari pihak syarikat perkapalan pula, mereka akan melihat senarai yang dipaparkan dalam SDPx-JobSeeker. Syarikat atau ejen akan membuka profil pelaut satu per satu, menilai dan menyemak kelayakan, sijil-sijil modular, kesihatan dan sebagainya. Sekiranya mereka berkenaan, maka syarikat atau ejen akan menghubungi pelaut berkenaan (nombor telefon/hp yang diberi sewaktu permohonan) untuk meminta mereka menghantar CV atau resume.
Melalui semakan saya, saya dapati ramai pelaut tempatan (pelbagai gred/kapasiti) yang telah memohon melalui kaedah ini. Tetapi berapa ramai yang telah diambil bekerja??? bab ini saya tidak dapat semak, semoga Jabatan Laut dapat memberikan gambaran atau statistik pelaut yang diambil bekerja pada masa akan datang. Harapan saya semoga ramai yang berjaya.
Namun, nasihat saya agar pelaut-pelaut semua yang mengunakan SDPx-JobSeeker, jika anda ingin syarikat berminat terhadap anda, pastikan maklumat dalam SDPx telah dikemaskini.
Mungkin soalan-soalan berikut dapat memberikan anda sedikit gambaran apa yang dinilai oleh syarikat atau ejen;
1. Adakah pelaut ini mempunyai pengalaman belayar ?
2. Apakah jenis kapal yang pernah dinaiki?
3. Apakah jawatan/gred/kapasiti pelaut sewaktu berkhidmat diatas kapal?
4. Adakah pelaut ini sihat tubuh badan dan penglihatan ?
5. Apakah kelayakan pelaut ?
6. Adakah sijil-sijil yang dipengang masih sahlaku atau tidak tamat tempoh?
Nampaknya Jabatan Laut masih mengambil berat terhadap pelaut. Walaupun ini tidak mengubah banyak, namun ada inisiatif yang diambil oleh Jabatan demi hal-ehwal pelautnya.
Tahun ini juga dengan sambutan 'Hari Maritim Sedunia' banyak aktivit-aktiviti yang telah dianjurkan oleh Jabatan Laut untuk komuniti perkapal secara amnya dan pelaut khususnya. Penganjuran Karnival Mypelaut merupakan satu sambutan yang 'happening'. Syabas diucapkan.
'2010:Year of the seafarer'
'Salute to Seafarers'