Friday, June 25, 2010

SISTEM DOKUMEN PELAUT (SDPx)

Sistem Dokumen Pelaut ini juga dikenali sebagai 'Seafarer Document System' telah mula di bangunkan oleh Kerajaan (Jabatan Laut). Pembangunan ini melibatkan pegawai-pegawai Jabatan Laut di peringkat Ibu Pejabat Laut berlokasi di Pelabuhan Klang yang bertanggungjawab terhadap proses-proses aktiviti dibawah Bahagian Hal Ehwal Pelaut Dan Pelabuhan.


Sistem SDPx adalah sistem yang diwujudkan berdasarkan teknologi internet terkini serta pengalaman mengendali sistem-sistem Jabatan Laut yang sebelumnya iaitu SIS (JALIN) dan SDP. Atas usaha Kerajaan meningkatkan perkhidmatan dan penyampaian kepada pelangganya Sistem Dokumen Pelaut telah beroperasi secara berperingkat bermula bulan Mei 2009 di beberapa pejabat pelabuhan seperti di Dayabumi, Pelabuhan Kelang, Pulau Pinang, Pasir Gudang, Kuala Terengganu, Labuan, Kota Kinabalu, Labuan, Sibu, Kemaman dan Sandakan (Sumber dari MSN 4/2009).


Seterusnya implementasi SDPx diteruskan melalui fasa kedua di pejabat-pejabat pelabuhan yang lain. Sehingga kini terdapat 25 pejabat pelabuhan yang menawarkan urusan perkhidmatan dan permohonan secara talian.


---------------------------------------------------------------------------


MARINE DEPARTMENT MALAYSIA
This system provide online access for application and verification of certificates,


please click one of the below to proceed
APPLICATION AND STATUS INQUIRY
Seafarer Registration
Certificate of Competency (COC)
Watch Keeping Rating Certificate (WKR)
Certificate of Recognition (COR)
Safe Manning Document or Certificate
Approval of Medical Practitioner
Special Training Endorsement (STE)
Oral Examination

APPLICATION OF CREW AGREEMENT
Purchase Crew Agreement serial number and PIN
Application for Sign-On and Sign-Off


VERIFICATION OF CERTIFICATES
This system enables national administrations, shipping companies and individuals to verify the validity and authenticity of Malaysia Certificates of Competency (COC), Certificates of Recognition (COR) and Watch Keeping Rating (WKR) Certificates issued by Marine Department Malaysia.

-------------------------------------------------------------
paparan ini di ambil dari laman web Jabatan Laut


Sistem Dokumen Pelaut ini memberikan perkhidmatan dimana pelanggan boleh membuat permohonan secara talian samaada di rumah, pejabat atau Cyber Cafe dan ini dilihat mampu memendekkan tempoh menunggu dikaunter bagi satu-satu urusan. Setelah beberapa bulan SDPx ini beroperasi, tempoh pengeluaran perakuan COC dan COR telah dipercepatkan dan ini amat mengembirakan pelanggan.


Satu lagi kelebihan yang pelanggan perolehi adalah kebolehsemakan secara talian terhadap status permohonan yang dibuat. Pelanggan tahu setakat mana status permohonannya dan oleh itu boleh memaklumkan kepada bahagian pengurusan dan operasi kapal untuk tindakan dan keputusan selanjutnya.


Walaubagaimanapun, pegawai dan kakitangan Jabatan Laut masih membuat semakan dokumen, penerimaan pembayaran serta pengeluaran resit secara manual dan dibuat dikaunter. Antara persoalan yang dibangkitkan oleh pelanggan ''Mengapa secara keseluruhan bermula dari proses permohonan sehingga lah pengeluaran resit tidak dapat dibuat secara talian ?''


Namun, bagi perkhidmatan Perjanjian Anak Kapal (Crew Article / Agreement) pelanggan merasakan perkhidmatan ini amat menyenangkan dan banyak membantu menjimatkan kos operasi pihak majikan seperti kos penggangkutan, penginapan, perjalanan dan sebagainya. Jika dibandingkan dahulu, proses sign-on atau sign-off amat leceh dan membebankan terutamanya pada waktu malam. Kesemuan pelaut atau crew kapal yang ingin sign-on atau sign-off perlu hadir di pejabat pelabuhan secara individu bersama ejen dan master dengan dokumen-dokumen asal untuk semakan. Jika pejabat pelabuhan tutup bagaimana????


Bagi modul Perjanjian Anak Kapal ini, hampir keseluruhan operasinya dilakukan secara online, buat masa ini hanya bayaran pembelian buku dan PIN dan pengeluaran resit dilakukan secara manual di kaunter pejabat.


Semoga Sistem Dokumen Pelaut ini akan dapat ditambahbaik secara keseluruhan demi kebaikan pelanggannya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts