Friday, June 25, 2010

Bantuan Kewangan Pelaut - Khairat Kematian

Bagi keluarga yang telah kehilangan saudara yang bekerja sebagai pelaut boleh memohon sumbangan khairat kematian daripada Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL). KWPPL ini sebenarnya di bawah Jabatan Laut.


Seperti mana yang dimaklumkan daripada keluarga yang pernah memohon, sumbangan ini berupa wang tunai yang diberikan kepada keluarga si mati berjumlah RM 1000.00. Walaupun jumlahnya tidak lah sebanyak mana, tetapi sekurang-kurangnya dapat digunakan untuk membayar hutang, bil-bil rumah, membeli makanan dan minuman atau membayar bil perubatan, atau sebagainya.

Siapakah yang layak memohon?
Yang layak memohon adalah 'orang tanggungan' si mati.

Definasi 'orang tanggungan' dalam Kaedah-Kaedah Perkapalan Saudagar (Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut) 1984 bererti 'isteri dan anak, termasuk anak angkat , seseorang pelaut pada keseluruhanya atau sebahagiannya bergantung kepada pendapatannya pada masa itu'.


Bagaimana hendak memastikan yang si mati itu ialah 'pelaut' ?
Dalam Kaedah yang sama 'Pelaut' bererti 'mana-mana orang yang diambil bekerja atau bertugas mengikut artikel atau perjanjian atas mana-mana kapal yang belayar berulang-alik di luar had kawasan sesuatu pelabuhan, dan termasuklah mana-mana orang yang sentiasa bersedia untuk bekerja sebagai seorang pelaut dan yang bergantung pada pekerjaanya sebagai sedemikian untuk mendapatkan min pendapatan tahunannya'.

Bolehkah pelaut asing memohon sumbangan ini?
Mengikut Kaedah yang sama menyatakan 'kecuali dalam kes-kes keperluan yang terdesak, bantuan kewangan tidak boleh diberi kepada mana-mana pelaut asing yang berhak mendapat bantuan kewangan dari majikan atau Konsulnya'.

Bagaimana hendak menyemak seseorang itu pelaut tempatan atau asing?
Pada masa ini, setelah Jabatan Laut menggunakan sistem online/internet, anda boleh menyemak status pelaut itu melalui Sistem Dokumen Pelaut.
1. Klik disini --> Maklumat Peribadi dan Sijil
2. Tekan, selanjutnya dan masukkan nombor pelaut.
3. Semak maklumat yang ada.


Dalam ertikata lain, seseorang pelaut itu hendaklah mempunyai dokumen pengenalan menyatakan beliau ialah pelaut tempatan dan mempunyai rekod perkhidmatan laut dalam 'buku rekod'.

Orang tanggungan yang ingin memohon sumbangan ini hendaklah menulis kepada Jabatan Laut bagi tujuan tersebut.

Bagi tujuan tersebut, 'orang tanggungan' hendaklah mengisi Borang Tuntutan-Sumbangan Khairat Kematian dan ditandatangan olehnya. Bersama-sama dengan borang tersebut disertakan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut;

1. Salinan Kad Pelaut
2. Salinan Kad Pengenalan penuntut
3. Salinan sijil kematian / permit pengkebumian
4. Salinan Buku Perkhidmatan Pelaut
5. Surat nikah / Sijil khawin (isteri)

Berikut adalah contoh maklumat yang diperlukan yang ada dalam borang tersebut:

1. Nama penuh Pelaut :....................................
2. No. Kad Pelaut : ....................................
3. Tarikh kematian : ....................................
4. Nama waris/penuntut : ....................................
5. No. K/P penuntut : ....................................
6. Hubungan dengan pelaut :....................................
7. Alamat Kediaman Terkini : ....................................
8. No. Telefon : ....................................
9. Tanda tangan waris / penuntut : ....................................
10. Tarikh permohonan : ....................................

penting* - permohonan ini hendaklah dibuat dan sampai kepada Jabatan Laut tidak kurang dari tiga (3) bulan dari tarikh kematian.

Permohonan tersebut hendaklah dihantar ke alamat;

Jabatan Laut Semenanjung Malaysia
Ibu Pejabat Laut,
Peti Surat 12,
42007 Pelabuhan Klang,
SELANGOR.
(U.P: KPP - Unit Pembangunan Pelaut)
Tel: 03 - 3346 7777
Fak: 03 - 3346 7778

Semoga penulisan ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada warga pelaut serta keluarga pelaut di Malaysia ini.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts