Artikel ini dikhaskan kepada mereka yang bertanyakan persoalan berkenaan pekerjaan pelaut mahupun shipberth untuk kadet. Ini adalah lanjutan artikel 'Kerjaya Pelaut-Career Path' di ruangan blog ini yang telah menerima lebih daripada 250 komen.
Berdasarkan daripada komen-komen tersebut, disimpulkan bahawa para pembaca blog amat berminat terhadap maklumat pekerjaan diatas kapal mahupun berkaitan shipberth kadet. Oleh itu, artikel kali ini di susun khas untuk membantu anda, tapi, pihak kami tidak bertanggungjawab mencari kerja untuk anda mahupun terlibat secara langsung dalam proses pekerjaan. Cara-cara mudah pencarian dilakukan secara 'web-base' menggunakan google search engine. (Moga dapat membantu anda)
#1: Pertama, terdapat platform pendaftaran sebagai pelaut mencari pekerjaan di atas kapal atau shipberth untuk kadet, dengan syarat anda telah mendaftar sebagai pelaut dan punya nombor pelaut. Platform ini telah disediakan oleh Jabatan Laut Malaysia... (klik disini untuk teruskan pendaftaran) perkhidmatan ini adalah PERCUMA. Pendaftaran ini hanya disimpan dalam sistem Jab. Laut selama tiga (3) bulan sahaja. Ingat Jab. Laut tidak bertanggungjawab untuk mencari kerja untuk anda... fungsi platform ini adalah untuk syarikat perkapalan membuat carian dan penilaian terhadap anda sepertimana maklumat yang terdapat dalam sistem SDPx, sekiranya mereka berminat terhadap profil anda baru lah mereka akan menghubungi anda. Berapa lama saya perlu tunggu??? tiada jawapan untuk soalan tersebut disini!!!
#2: Kedua, sekiranya anda tidak mempunyai kad pelaut atau kad pelaut anda telah tamat tempoh sahlaku (expired) menyebabkan anda gagal untuk membuat pendaftaran di #1, maka, langkah yang perlu diambil adalah membuat permohonan baru atau pembaharuan... (klik disini untuk permohonan kad).
Syarat pendaftaran kad pelaut ialah:
1. Kad pengenalan
2. Sijil pemeriksaan perubatan oleh Doktor yang telah diluluskan oleh Jab. Laut sahaja.
klik disini untuk semak info doktor, pada menu cari dan klik 'Inquiry', pilih 'Medical Practitioner List' dan klik 'Next'. Seterusnya pilih 'Local' dan klik 'View'.
3. Bayaran RM 50.00 (kad pelaut sahaja tidak termasuk pemeriksaan perubatan).
#3: Ketiga, mencari maklumat berkenaan kursus-kursus yang diluluskan oleh Jabatan Laut ke atas institusi-institusi latihan Maritim di Malaysia. (Klik disini untuk teruskan pencarian). Untuk makluman tiada kursus tahap diploma atau degree yang diluluskan oleh Jabatan Laut... kerana kursus yang diluluskan oleh Jabatan Laut hanya kursus-kursus kekompetenan dan kecekapan.
#4: Keempat, mencari kerja diatas kapal atau shipberth. Bagi maksud ini, kaedah pencarian secara 'web-base' adalah sama. Tapi selalunya apa dilihat adalah 'advertisement' atau 'iklan', bila klik, ia akan membawa anda ke paparan selanjutnya, klik lagi, paparan selanjutnya. maka baik (Klik disini untuk lihat nama-nama syarikat perkapalan). Pilih nama syarikat yang anda rasa anda berminat dan cari guna 'google.com' (copy & paste), lepas tu hantar resume anda ke email syarikat tersebut. Tapi kaedah ini amat sukar dan memerlukan tenaga & masa.
#5: Kelima, mencari kerja diatas kapal atau shipberth. Kaedah lain adalah dengan mengikuti (follow) Group dalam facebook iaitu 'Mypelaut' atau 'Komuniti Perkapalan', atau mana-mana group pelaut yang boleh memberikan info pekerjaan atau pertolongan. Kawan-tolong-kawan... tapi jangan sampai Kawan-makan-Kawan.
Sila beri maklumbalas... boleh pihak kami mengemaskini info disini untuk tujuan pencerahan. Terima kasih
Klik untuk membaca 'Kerja Pelaut-Career Path'
Showing posts with label Vacancies. Show all posts
Showing posts with label Vacancies. Show all posts
Thursday, November 7, 2013
Wednesday, July 11, 2012
MATE DOMESTIC LESS 500GT WANTED
Pelaut yang memegang Perakuan Kekompetenan ; Mualim Domestik bawah 500GT diperlukan.
Dimaklumkan kepada pelaut bahawa terdapat kekosongan sebagai Jurumudi di atas kapal feri. Sila klik disini untuk maklumat lanjut.
Dimaklumkan kepada pelaut bahawa terdapat kekosongan sebagai Jurumudi di atas kapal feri. Sila klik disini untuk maklumat lanjut.
Monday, July 2, 2012
PELAUT DIPERLUKAN SEGERA - VACANCIES
MAKLUMAN KEPADA PELAUT
Untuk makluman kepada pelaut untuk memenuhi kekosongan kerja atas kapal Kontainer kapal bendera Malaysia. Sila klik http://jobworkmaritime.blogspot.sg/
Untuk makluman kepada pelaut untuk memenuhi kekosongan kerja atas kapal Kontainer kapal bendera Malaysia. Sila klik http://jobworkmaritime.blogspot.sg/
Saturday, February 12, 2011
Trade and Logistics Malaysia: Malaysia needs to overcome major legal hurdles to ...
Trade and Logistics Malaysia: Malaysia needs to overcome major legal hurdles to ...: "THE recent pirate attack on a Panamian-flagged, Japanese-owned, Filipino-crewed, Malaysian-chartered, Singapore-bound tanker, the MT Bu..."
Monday, February 7, 2011
Trade and Logistics Malaysia: Delicate outlook for container, dry bulk
Trade and Logistics Malaysia: Delicate outlook for container, dry bulk: "Container and dry-bulk shipping sectors in the Asia-Pacific are still facing uncertain times.Slower demand from Europe and a stream of newbu..."
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Gambarajah dibawah memberi sedikit maklumat berkaitan kerjaya seorang pelaut dalam bidang kelautan samaada di Bahagian Dek ataupun Bahagian ...
-
Do you know that working onboard merchant ship/vessel requires you to have a certificate? What is this CoC? Do you have a Malaysian Pass...
-
Artikel ini bertujuan untuk memberi sedikit gambaran berkenaan situasi semasa yang berlaku di Malaysia. Ia adalah sedikit analisis terh...
-
As I have mentioned early Certificate of Competency are divided into two (2) departments. The first one known as Deck Department and th...
-
"Salute to Seafarer" Demikian tema yang di berikan oleh Jabatan Laut Malaysia pada tahun ini sempena sambutan 'Hari Te...