Friday, November 6, 2015

NPM 07/2015: PENGELUARAN PERAKUAN KEKOMPETENAN DAN PERAKUAN KECEKAPAN BARU MENGIKUT STCW(2010) MANILA

Notis JLM ini adalah lanjutan dari Notis Perkapalan Malaysia (NPM) 7/2012 yang bertujuan untuk memberi peringatan kepada semua pemegang perakuan kekompetenan yang dikeluarkan oleh Malaysia supaya mengambil tindakan memperbaharui perakuan tersebut selaras dengan keperluan STCW 1978, seperti pindaan (Pindaan 2010).

Pelaut dinasihatkan menjalani kursus seperti yang dinyatakan dalam notis NPM 7/2012 dan seterusnya memperbaharui perakuan kekompetenan dengan kadar segera bagi mengelak kesesakan permohonan di saat akhir menjelang 1 Januari 2017.

Merujuk kepada Notis Perkapalan Malaysia NPM 7/2012, keperluan sijil kecekapan Leadership & Managerial Skill untuk permohonan sijil kekompetenan, pelaut yang telah menduduki kursus ‘Shipboard Management’ sebelum 1 Julai 2013, boleh menggunakan sijil tersebut untuk permohonan sijil kekompetenan.

Selepas dari tarikh notis ini, semua pengesahan semula perakuan kekompetenan yang tidak mematuhi keperluan STCW 1978, seperti pindaan (Pindaan 2010) akan diberi tempoh tamat sehingga 30 Jun 2016.

Permohonan boleh dibuat bermula dari tarikh notis ini dikeluarkan di semua pejabat laut atau secara atas talian di alamat www.marine.gov.my

Keperluan STCW 1978, seperti pindaan (Pindaan 2010), mana-mana pelaut yang berkhidmat di atas kapal perlu memegang perakuan yang sewajarnya bagi jawatan:
i. Electro-technical Officer
ii. Able-Seafarer Deck
iii. Able-Seafarer Engine
iv. Electro-technical rating



Syarat-syarat kelayakan untuk perakuan di atas adalah seperti dalam Lampiran 1 (klik di sini).

No comments:

Post a Comment

Popular Posts