Tuesday, June 15, 2010

Pengecualian Pembayaran SDPX

Berita baik kepada pelaut-pelaut Malaysia yang masih memegang Kad Pelaut (SID), Perakuan Kekompetenen (COC), Perakuan Pengiktirafan (COR) dan Kelasi Pengawasan (WKR) lama iaitu berdaftar dengan sistem JALIN Jabatan Laut.

Jabatan Laut telah memberi kelonggaran 'tidak dikenakan bayaran' bagi pertukaran dokumen-dokumen tersebut dari sistem lama JALIN ke sistem baru SDPX.

Menurut Jabatan Laut, kelonggaran ini diberi bagi menggalakkan pelaut-pelaut mendaftar dengan sistem baru SDPX yang mana telah digunapakai sepenuhnya untuk kemudahan pelaut itu sendiri serta kemudahan syarikat perkapalan mengambil mereka bekerja.

Syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Laut bagi mendapatkan kemudahan kelonggaran tersebut adalah 'Permohonan SID, COC, COR dan WKR hendaklah masih sahlaku pada tarikh permohonan dibuat'. Permohonan ini boleh dibuat secara talian (online) dan boleh dilayari melalui alamat www.marine.gov.my.


Bagaimana hendak mengetahui samaada sijil atau perakuan yang dipegang sekarang berdaftar dengan SDPX ?

Anda sebenarnya boleh membuat semakan secara talian (online), sila klik gambar dibawah dan masukkan nombor kad pelaut atau nama penuh seperti dalam kad pengenalan atau nombor paspot anda untuk semakan dalam ruang yang disediakan, sila klik NEXT bagi paparan selanjutnya;















Sekiranya profil pelaut anda wujud dalam sistem SDPX bermaksud anda telahpun berdaftar. Langkah seterusnya adalah menyemak sijil atau perakuan COC / COR / WKR dengan klik pada kotak-kotak yang berkenaan.

Sekiranya maklumat profil atau sijil atau perakuan anda tidak dipaparkan, cepat-cepat buat permohonan untuk menukar dokumen tersebut selagi masih percuma.

Bagi melihat kapasiti Certificate of Competency (COC) anda untuk tujuan pertukaran sila klik dinama GRED COC disebelah kiri blog ini.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts