Friday, June 4, 2010

Mencari Kerja 'SHIP BERTH'

Satu lagi inisiatif Jabatan Laut untuk membantu pelaut Malaysia mencari pekerjaan.

Jabatan Laut telah mengeluarkan Nota Maklumat dan Panduan Merin NMPM 3/2010 pada 20 Mei 2010 serta mengalak syarikat perkapalan Malaysia mengutamakan pelaut tempatan dalam pengambilan crew kapal.


Bagaimanapun, mana-mana pelaut yang ingin nama mereka disenaraikan hendaklah memohon kepada Ibu Pejabat Laut (KWPPL) dengan mengisi borang yang disediakan. Borang tersebut perlu di lengkapkan dan diposkan kepada Ibu Pejabat Laut (KWPPL).


---- NMPM 3/2010 extract ----

Dimaklumkan bahawa Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) telah menyediakan perkhidmatan pendaftaran kepada pelaut untuk mencari pekerjaan.

2. Pelaut boleh memohon dengan mengisi borang JL/HEPP/B/02 untuk mendaftar dibawah KWPPL untuk mendapatkan pekerjaan dan akan di masukkan kedalam senarai daftar.

3. Senarai daftar ini telah di muat turun kedalam laman web site Jabatan Laut Malaysia dan akan di kemaskini dalam tempoh 1 bulan sekali.

4. Syarikat perkapalan digalakkan untuk mengutamakan pelaut yang telah berdaftar dengan Jabatan Laut.

5. Syarikat perkapalan yang memohon untuk Perakuan Pengiktirafan dibawah Kaedah I/10, STCW95 bagi warga asing akan ditolak permohonan sekiranya terdapat senarai pegawai yang berdaftar dalam senarai daftar KWPPL.

---- end ----


Namun, apakah cara ini dapat membantu pelaut Malaysia?

Kemungkinan dengan cara ini, dapat memberikan maklumat kepada syarikat perkapalan bahawa terdapat pelaut yang masih mencari pekerjaan, dan secara langsung boleh menghubungi pelaut berikut untuk dipanggil 'interview'.

Tetapi, syarikat-syarikat ini mempunyai kreteria sendiri dalam penetapan pengambilan pekerja. contohnya 'seatime/pengalaman'. Mereka hanya hendak yang berpengalaman sahaja, kerana takut berbelanja lebih untuk 'latihan' kepada pekerja baru, atau setelah diberi latihan pekerja itu akan 'jumpship' pula!!!! dan ini memberi kerugian kepada syarikat.

Namun, inisiatif Jabatan Laut ini memberi gambaran positif bahawa 'kebajikan pelaut tempatan' dititikberatkan. Bukan sekadar mengeluarkan notis sahaja, menurut sumber yang diperolehi, Jabatan Laut (KWPPL) turut mengadakan 'Seminar' dengan dihadiri oleh wakil-wakil syarikat perkapalan, agen, Institut Latihan Maritim dan Agensi kerajaan bagi membincangkan masalah kekurangan 'shipberth' yang dihadapi oleh Kadet dan Kelasi, seminar tersebut diadakan di ILPPPL pada 03 Jun 2010 yang lepas.

Kita mengharapkan perubahan.... terutama sekali suatu perubahan itu membawa kita kearah kebaikan, pembangunan, kemajuan dan kebajikan. Kita mendongak kepada kerajaan agar dapat melihat permasalahan kita dan dapat menyediakan titi untuk kita susuli dengan teratur dan penuh kebanggaan.

Selalu kita dengari, rintihan segelintir pelaut Malaysia mengatakan mereka dianak-tiri kan,
tetapi sejauh mana kebenaran rintihan ini!!!!

Respon daripada majikan atau pemilik kapal 'susah mau cari crew lah!!!!'. 'kalau ada pun demand pula'. Benarkah kurangnya pelaut di dunia ini??? berikut merupakan study dari BIMCO dan ISF.

The 2000 BIMCO and ISF manpower study estimated that the number of officers in the global commercial maritime fleet was 404,000 against a demand for 420,000 — implying a deficit of 4%. By 2005, the situation had improved, according to the study, with 466,000 officers against a demand for 476,000 — with a deficit of 2%. Ratings were in plentiful supply. In 2000, supply was 823,000 and demand 599,000. In 2005, those figures are put at 721,000 and 586,000, respectively.

Nevertheless the perception of a major shortage ruled by 2008, and because of the industry’s ordering binge, cries of an impending crisis emerged. A study by Drewry Shipping Consultants, ‘Manning 2009’, published in February of that year identified officer supply in 2009 at 517,000, a rise of 11% since 2005 and 28% since 1990. One third of the officers in 2009 were Asian — led by China, the Philippines and India — while eastern European officers represented one quarter of the total. Drewry estimated the shortfall to be numerically much higher than that reported by the ISF and BIMCO in 2005, at 33,000.



Jika dilihat study yang dilakukan oleh badan antarabangsa ini, secara global demand untuk 'officers' memang lah tinggi. Namun bagi 'Rating', masalah untuk mendapatkan pekerjaan pula akan menjadi sukar pada masa akan datang disebabkan persaingan.

Oleh itu, bagi rating-rating yang ada diluar itu.... daripada menunggu masalah mencari kerja kelak, jika berkesempatan dinasihati agar 'upgrade' sijil ke 'officers'. Tetapi, masalah tiada duit bagi membayar yuran untuk hadiri kursus persediaan pula menjadi 'isu'.

Jika dilihat di Malaysia, apakah alternatif bantuan kewangan yang diberikan????

1. Jabatan Laut - Biasiswa bagi pelayaran Near Coastal
2. EPF - pengeluaran pendidikan dari akaun 2
3. PSMB - Latihan oleh Majikan
4. Bank - Pinjaman peribadi
5. Simpanan Sendiri - RM$$$.$$
6. Along - Hutang tak boleh habis bayar (tidak digalakkan)










1 comment:

Popular Posts