Thursday, November 7, 2013

Mencari Kerja di atas Kapal dan Shipberth Kadet

Artikel ini dikhaskan kepada mereka yang bertanyakan persoalan berkenaan pekerjaan pelaut mahupun shipberth untuk kadet. Ini adalah lanjutan artikel 'Kerjaya Pelaut-Career Path' di  ruangan blog ini yang telah menerima lebih daripada 250 komen.

Berdasarkan daripada komen-komen tersebut, disimpulkan bahawa para pembaca blog amat berminat terhadap maklumat pekerjaan diatas kapal mahupun berkaitan shipberth kadet. Oleh itu, artikel kali ini di susun khas untuk membantu anda, tapi, pihak kami tidak bertanggungjawab mencari kerja untuk anda mahupun terlibat secara langsung dalam proses pekerjaan. Cara-cara mudah pencarian dilakukan secara 'web-base' menggunakan google search engine. (Moga dapat membantu anda)

#1: Pertama, terdapat platform pendaftaran sebagai pelaut mencari pekerjaan di atas kapal atau shipberth untuk kadet, dengan syarat anda telah mendaftar sebagai pelaut dan punya nombor pelaut. Platform ini telah disediakan oleh Jabatan Laut Malaysia... (klik disini untuk teruskan pendaftaran) perkhidmatan ini adalah PERCUMA. Pendaftaran ini hanya disimpan dalam sistem Jab. Laut selama tiga (3) bulan sahaja. Ingat Jab. Laut tidak bertanggungjawab untuk mencari kerja untuk anda... fungsi platform ini adalah untuk syarikat perkapalan membuat carian dan penilaian terhadap anda sepertimana maklumat yang terdapat dalam sistem SDPx, sekiranya mereka berminat terhadap profil anda baru lah mereka akan menghubungi anda. Berapa lama saya perlu tunggu??? tiada jawapan untuk soalan tersebut disini!!!

#2: Kedua, sekiranya anda tidak mempunyai kad pelaut atau kad pelaut anda telah tamat tempoh sahlaku (expired) menyebabkan anda gagal untuk membuat pendaftaran di #1, maka, langkah yang perlu diambil adalah membuat permohonan baru atau pembaharuan... (klik disini untuk permohonan kad). 
Syarat pendaftaran kad pelaut ialah:
1. Kad pengenalan
2. Sijil pemeriksaan perubatan oleh Doktor yang telah diluluskan oleh Jab. Laut sahaja.
klik disini untuk semak info doktor, pada menu cari dan klik 'Inquiry', pilih 'Medical Practitioner List' dan klik 'Next'. Seterusnya pilih 'Local' dan klik 'View'.
3. Bayaran RM 50.00 (kad pelaut sahaja tidak termasuk pemeriksaan perubatan).

#3: Ketiga, mencari maklumat berkenaan kursus-kursus yang diluluskan oleh Jabatan Laut ke atas institusi-institusi latihan Maritim di Malaysia. (Klik disini untuk teruskan pencarian). Untuk makluman tiada kursus tahap diploma atau degree yang diluluskan oleh Jabatan Laut... kerana kursus yang diluluskan oleh Jabatan Laut hanya kursus-kursus kekompetenan dan kecekapan.

#4: Keempat, mencari kerja diatas kapal atau shipberth. Bagi maksud ini, kaedah pencarian secara 'web-base' adalah sama. Tapi selalunya apa dilihat adalah 'advertisement' atau 'iklan', bila klik, ia akan membawa anda ke paparan selanjutnya, klik lagi, paparan selanjutnya. maka baik (Klik disini untuk lihat nama-nama syarikat perkapalan). Pilih nama syarikat yang anda rasa anda berminat dan cari guna 'google.com' (copy & paste), lepas tu hantar resume anda ke email syarikat tersebut. Tapi kaedah ini amat sukar dan memerlukan tenaga & masa.

#5: Kelimamencari kerja diatas kapal atau shipberth. Kaedah lain adalah dengan mengikuti (follow) Group dalam facebook iaitu 'Mypelaut' atau 'Komuniti Perkapalan', atau mana-mana group pelaut yang boleh memberikan info pekerjaan atau pertolongan. Kawan-tolong-kawan... tapi jangan sampai Kawan-makan-Kawan.

Sila beri maklumbalas... boleh pihak kami mengemaskini info disini untuk tujuan pencerahan. Terima kasih

Klik untuk membaca 'Kerja Pelaut-Career Path'

12 comments:

  1. Dari #1: Pertama lagi artikel ini dah jadi amat mengecewakan. Melihatkan komen-komen dalam Komuniti Perkapalan Malaysia ttg mrk yang masih menunggu pekerjaan diatas kapal, masih banyak lagi pihak berkuasa (Jab Laut), sykt kapal, MASA perlu buat untuk memartabatkan karier pelaut di Malaysia. Keadaan yang amat menyedihkan. Sejak sedari dahulu. HuHu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Artikel ini bukan bertujuan untuk memartabatkan karier pelaut, hanya cetusan perbincangan bagi mereka yang bertanya. Namun, komen anda ada kebenarannya. Walaubagaimanapun, pelaut-pelaut Malaysia sendiri perlu bangkit termasuk golongan bekas pelaut yang bekerja di syarikat perkapalan. Komuniti perkapalan mempunyai lebih 13000 ahli, namun NUSPM atau Kesatuan Pelaut hanya mempunyai keahlian yang sedikit... mengapa? adakah pelaut sendiri takut untuk bangkit?

      Delete
  2. I would like to apply permanent job vacancy in your company
    Allow me to introduce myself, briefly. My name Stanly Bin Munih, 28 years.
    I am a former senior technician at AESSEAL ( M ) ASIAN HQ and have been working there for the three ( 3 ) years. please check my providing details for your consideration.


    FULL NAME : STANLY BIN MUNIH
    I/C NUMBER : 861012-49-5595
    MOBILE PHONE NO. : 017 - 831 3086 & 017 - 868 6038
    EMAIL : angkatanborneo@hotmail.my
    GENDER : MALE
    NATIONALITY : MALAYSIAN ( SABAHAN )
    RELIGION : ROMAN CHATOLIC ( CHRISTIANITY )
    INTERNATIONAL PASSPORT : H 22231146
    SEAFARER CARD : 201061004324
    SEAFARER BOOK : 45861002864
    CERTIFICATED COURSE : B.O.S.I.E.T ( OPITO, CODE 5707 )
    MEDICAL CERTIFICATE : FIT FOR OFFSHORE WORK
    SALARY : CAN BE NEGOTIATED


    If you have any vacancy please call me anytime on my contact number
    I hope you consider my application and Im looking forward enthusiastically to hear from you and thanks for you special attention.

    Best regards..

    ReplyDelete
  3. ape peluang utk saya utk jadi krew? sbb saya tiada result spm yg cun., rabun pulak..

    ReplyDelete
  4. saya ingin bekerja diatas kapal..
    sy ada pengalaman sebagai tukang masak..
    saya ada memiliki sijik BST jer masih sah...

    ReplyDelete
  5. saya ada sijil dr maritime skill. ...ada kad pelaut ...passport.....
    jika ada kekosongan plz inform...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Call/mesej aiman 0199860847 ..jikalau ckup syarat

      Delete
  6. Salam...sy wanita dn sudah mmpunyai seorg ank tp sdh bercerai...sy nk tny pd pihak admin..wanita d trm ke? Sy bnyak pengalaman dlm bidang fnb. Tp klu bidang lain pun ada. Sy berminat dgn bidang ni sbb ramai fam yg berkerja dlm bidang ni. Sy cma nk tau step by step utk memohon. Trm ksh..

    ReplyDelete
  7. salam, saya kini masih merupakan seorang pegawai tentera laut berkepakaran navigasi. saya sudah berkhidmat selamat 7 tahun dalam perkhidmatan dan masih ada baki kontrak selama 3 tahun. saya ingin bertanya bagaimana untuk diserapkan ke bahagian sektor ni? terima kasih.

    ReplyDelete
  8. orang perempuan boleh kerja sebagai pelaut tak ???

    ReplyDelete
  9. asalammualaikum sy berumur 18th. saya tiada sijil spm tapi sy ada sijil kemahiran automotis tahap 3 dah sijil sefety so ade peluang untuk sy untuk berkeja pelaut di kapal kargo tak?

    ReplyDelete

Popular Posts