Peruntukan baru Konvensyen
Buruh Maritim 2006 (MLC) - 'rang undang-undang hak asasi' pelaut - telah mula mengigit
sejak ia berkuatkuasa pada bulan Ogos 2013.
International
Seafarers Welfare and Assistance Network
atau lebih dikenali sebagai ISWAN melaporkan bahawa terdapat
lapan kapal dagang ditahan kerana pelanggaran peraturan MLC06 pada bulan
pertama penguatkuasaannya, iaitu; tiga di Canada (negara pertama yang melakukan
penahanan kapal dibawah MLC), tiga di Spain serta setiap satu di Denmark dan
Russia. Dua kapal yang ditahan itu adalah berdaftar di Cyprus, dua di Panama
dan setiap satu kapal berdaftar di Liberia, Marshall Islands, Netherlands dan
Tanzania.
Walau bagaimanapun, kes baru
di Britain menunjukkan terdapat keperluan untuk pengawasan terperinci terhadap pelaksanaan
Konvensyen MLC; pemeriksaan kawalan negara pelabuhan (PSC) terhadap kapal
milikan Greek, berdaftar dengan Marshal Island, yang dilakukan oleh George di
Ellesmere Port, England mendapati bahawa walaupun kapal tersebut mempunyai
pensijilan MLC, ia adalah dalam keadaan yang "kotor" dengan 12
penemuan/kekurangan.
Kapal tersebut telah menerima
perintah larangan oleh kerana terdapat makanan yang busuk/basi diatas kapal, mempunyai
peruntukan makanan yang telah luput tarikhnya dan sarang lipas di galley serta di
bilik penginapan kru. Pegawai Kesihatan pelabuhan berkata, keadaan yang kotor
seperti itu boleh membawa kepada 'risiko kesihatan kepada anak-anak kapal
disebabkan oleh pencemaran makanan'.
Perintah larangan itu
kemudianya ditarik balik berikutan pembersihan dan kerja pengasapan. Pegawai
pemeriksa ITF, Tommy Molloy berkata adalah sukar untuk memahami mengapa kapal tersebut
yang telah diaudit baru-baru ini mendapat kelulusan pematuhan MLC “walaupun terdapat
kekurangan yang begitu jelas”. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat masalah
yang jelas dengan kontrak pekerjaan untuk pelaut Mesir dan Syria di atas kapal
tersebut yang sepatutnya diambil tindakan sewaktu proses pensijilan MLC.
Sumber: MarineLink.com
salam admin..sy ada diploma dlm bidang pertanian, tp sy berminat nk kerja atas kapal.
ReplyDeleteApakah yg sy perlu lakukan untuk membolehkan sy kerja atas kapal dan kursus apa yg perlu sy ambil. Dan posisi apakah yg sesuai untuk seseorang yang bermula kosong mcm sy?
terima kasih
Salam Faiz,
DeleteBidang pertanian di malaysia banyak peluang keusahawanan. Namun, sekiranya anda ingin menjadi seorang pelaut... perlu menghadiri kursus-kursus asas pelaut. Namun, masalah utama pelaut yang tiada pengalaman seperti anda adalah mendapatkan pekerjaan diatas kapal. Kerja atas kapal bagi anda yang bermula dari kosong, adalah kelasi... gaji kecil. fikir-fikirkan lah.
Assalamualaikum, I'm Mohamad Amin fresh graduate Diploma in Shipping Management from Netherlands Maritime Institute of Technology located at JohorBahru, I'm basically want to working at offshore and I'm supposed to further study at ALAM (Academy Laut Malaysia) after SPM, but I cannot enter at ALAM because I don't have Physic subject as ALAM requirement, then now I'm trying to looking some shipping company to be their seafarer, and also I', planning to be a Captain on board in future, did you have any comment or advice to me admin. Thank You.
ReplyDeleteDear Amin, even though you have Diploma, generally, you still need to take a WKO course that is equivalent to diploma for three years. Without this WKO, you will not be able to be a Captain. If you still want to pursue WKO, go to sarawak maritime academy... for your info, offshore industry has a very strict rules & requirements... better get WKO-Unlimited for that purpose. Now is all depends on your choice, passion and determination that will lead you to your dreams.
DeleteAssalamualaikum & Good Morning everyone . Saya sedang menjalankan kajian tentang ciri-ciri personaliti yang perlu ada pada seorang pelaut @ pelayar Malaysia. Ia bertujuan untuk membangunkan satu ujian psikologi @ Psychometric Test untuk ujian saringan kemasukkan pelajar ke mana-mana program Marine Engineering di IPTA @ IPTS Malaysia. Dengan harapan, pelajar yang terpilih benar-benar memiliki ciri personaliti pelaut yang dikehendaki. Saya dengan rendah hari memohon agar Tuan-tuan sudi menjadi responden bagi kajian rintis ini. Tuan-tuan boleh melayari dan menjawab soal selidik saya (sebanyak 16 soalan) di laman ini: https://docs.google.com/forms/d/1CWGEx5u6vhvUKImSZqUKlJ0O6I3Hq45Vy-QF5MFVejY/viewform
ReplyDeletesalam admin....saya merupakan pelajar diploma jurusan sains geomatik sistem maklumat geografi (GIS) dan baru sahaja menamatkan diploma. buat masa sekarang saya masih menunggu tawaran untuk menyambung degree.apabila saya membaca kerjaya di offshore ia menarik perhatian saya dan saya ingin bertanya apa yang saya patut buat untuk bekerja dalam bidang offfshore ini. saya sangat berharap agar admin ada cadangan yang sesuai. dan adakah perempuan berpeluang untuk bekerja di laut memandangkan pekerjaan ini kebanyakannya dimonopoli oleh kaum lelaki,terima kasih......
ReplyDelete