Friday, April 4, 2014

Pertahankan Pelaut - MLC06



Satu lagi berita sedih yang menimpa pelaut dimana mereka tidak dibayar gaji, tiada makanan di atas kapal, peti sejuk pula rosak, yang paling teruk tiada duit untuk membeli makanan. Laporan daripada pegawai PSC Alan Thomson, yang telah menaiki dan memeriksa kapal Panama – Donald Duckling di pelabuhan Tyne bulan November lepas.

Sebelum menaiki kapal tersebut, beliau telah menjangkakan terdapat ketakakuran atau pelanggaran peraturan di bawah MLC06. Melalui rekod, kapal tersebut pernah di tahan di Gibraltar selama 120 hari, turut dipercayai kapal tersebut berhenti operasi semasa dalam pelayaran sehingga memaksa kru kapal untuk memancing ikan sebagai sumber makanan. Lanjutan itu, kapal tersebut turut ditahan di Las Palmas disebabkan kegagalan majikan untuk membayar gaji kru, kekurangan makanan di atas kapal dan masalah-masalah lain berkaitan dengan peralatan keselamatan. 

Sejak berkuatkuasanya MLC06 pada 20 Ogos 2013, mungkin kita berfikiran bahawa kapal tersebut akan terus ditahan dan diambil tindakan undang-undang, namun apa yang di fikirkan tidak berlaku. Ini kerana tindakan undang-undang tersebut hanya boleh ambil atau dikuat kuasakan 12 bulan setelah sesebuah negara meratifikasikan konvensyen tersebut.

Keadaan sedemikian akan turut berlaku di negara-negara Asia Tenggara. Sehingga sekarang hanya segelintir negara-negara Asia yang meratifikasikan MLC06 termasuk Malaysia. Oleh itu, MLC06 akan hanya dapat dilaksanakan melalui undang-undang setelah 12 bulan dari tarikh ia meratifikasikan konvensyen tersebut. Maka, negara di Asia Tenggara yang pertama yang akan mengigit adalah negara Singapura..... mungkin bulan JULAI 2014.
Kembali kepada isu kapal Donald Duckling, secara kesimpulan kru-kru kapal tersebut telah menerima pertolongan dari segi pengangkutan, makanan serta dihantar pulang dengan kewangan ITF. Kapal tersebut pula ditahan dan kini berlabuh di McNutty Offshore Quay, South Sheilds.

Sekiranya MLC06 sudah berkuat kuasa di sesebuah negara bagaimanakah penyelesaiannya?

Dalam kes ini, mengikut MLC06 kapal tersebut akan jatuh dibawah kategori ‘abandon’.... dan Panama akan menguruskan dan menanggung segala kos ‘repatriation’,  tetapi sekiranya Panama tidak berbuat demikian, UK akan menanggung semua kos ‘repatriation’ kru tersebut. Kemudian UK akan menghantar bil tersebut ke Panama dan menuntut bayaran mengikut peruntukan undang-undang.

Sungguh menarik perkembangan MLC06, untuk berita asal klik disini



No comments:

Post a Comment

Popular Posts