Friday, May 16, 2014

Pendekatan Baru Melindungi Pelaut

Pendekatan baru telah diterimapakai untuk melindungi pelaut yang ditinggalkan, dan penyediaan sekuriti kewangan untuk maksud pampasan bagi kes-kes kematian dan hilang upaya.

Menurut En. Ryder (Ketua Pengarah ILO), pindaan baru keatas MLC06 yang akan di kemukakan ke ILO’s International Labour Conference dalam bulan ini (Mei) untuk memohon kelulusan, mengandungi keperluan wajib ke atas pemilik-pemilik kapal untuk menyediakan sekuriti kewangan bagi maksud pelaut yang ditinggalkan, serta kematian atau hilang upaya.

Dalam masa yang sama, Nautilus International Union yang mewakili 24,000 ahlinya yang terdiri daripada golongan professional seperti Nakhoda, pegawai, kadet, wakil dari pihak industri perkapalan seperti pilot, operator traffik, pegawai laut, pelaut dari bidang O&G dan lain-lain,  menyatakan bahawa 60% daripada respondent merasakan skim pencen adalah menjadi keutamaan, dan 80% daripada respondent tersebut sanggup untuk menyertai skim tersebut.


Apakah pendapat anda, adakah skim pencen pelaut ini penting ?

1 comment:

  1. semestinya terutamanya kepada pelaut yg berpangkat rendah, sebab kebanyakan mereka susah utk
    mendapat perkerjaan yg baik sewaktu di darat atau kerja yg begitu sesuai dgn kerja yg kita buat semsa di atas kapal.

    ReplyDelete

Popular Posts