Tuesday, August 9, 2011

KERJAYA PELAUT - UPGRADE COC ANDA


Salam pelaut, tahukah anda ???

Dengan pengeluaran NPM 29/2011 (Notis Perkapalan Malaysia) dibawah kuasa Ketua Pengarah Laut Jabatan Laut Malaysia anda boleh mempertingkatkan kekompetenan perakuan anda sekiranya anda sekarang memiliki COC atau perakuan kekompetenan seperti dibawah;

1. Watchkeeping Rating (WKR) yang mempunyai perkhidmatan laut selama 18 bulan layak untuk menghadiri Peperiksaan Lisan (oral) 'Engineer Officer' Jabatan Laut Malaysia.

2. Engine Rating yang mempunyai perkhidmatan laut selama 24 bulan layak untuk menghadiri Peperiksaan Lisan (oral) 'Engineer Officer' Jabatan Laut Malaysia

3. Mate Domestik yang telah mempunyai perkhidmatan laut selama enam (6) bulan layak untuk menghadiri Peperiksaan Lisan (oral) Master less 500GT Domestik Jabatan Laut Malaysia.

Ini bererti, anda telah dikecualikan dari menghadiri kursus persediaan. Sekiranya anda faham, SEMAK diri anda dan dokumen anda sekarang juga.

Sekiranya diperhatikan dalam NPM tersebut, WKR-Enjin dan Engine Rating setelah lulus Peperiksaan Lisan, anda akan dapat COC - Engineer Officer less 750kW Domestic. Lepas tu boleh bekerja atas kapal dibawah kapasiti atau jawatan Chief Engineer - Domestic.

Bagi tujuan ini, setiap kali anda bekerja atas kapal domestik, pastikan maklumat perkhidmatan laut anda dimasukkan dalam discharge book atau buku perkhidmatan laut.

Satu lagi yang perlu diingati, pastikan majikan memasukkan maklumat anda dalam sistem dokumen pelaut (SDPx) melalui 'Perjanjian Anak Kapal' Online. Simpan salinan perjanjian 'Sign-on' dan 'sign-off' sebagai bukti anda sewaktu hadir peperiksaan lisan.

Pastikan anda sentiasa menyemak profile pelaut anda melalui online di SDPx (SEMAK DISINI).

Ikuti makluman Perakuan Kekompetenan (COC) anda di blog ini.

2 comments:

  1. Admin.macam mana kalau ada seatime 36 bulan tapi belum ada buat wkr.adakah saya layak untuk ambil wke >750kw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous, maaf anda tidak layak. Tetapi pergilah ambil WKR pastu semak NMPM 8/2010 untuk upgrade ya. link kat ni:
      http://www.marine.gov.my/jlm/pic/article/service/notice/mgn/2010/NMPM082010_II.pdf

      Delete

Popular Posts