Friday, April 16, 2010

Biasiswa Pelaut

Lihat dibawah untuk syarat kelayakan, contoh esei dan COC:-


Berita Baik Buat Semua Pelaut Malaysia.

Berikut merupakan petikan yang diambil dari notis Jabatan Laut NMPM 2/2010, tarikh tamat permohonan biasiswa adalah 05 Mei 2010.


---------------------- NMPM 2/2010 ------------------------
"Dimaklumkan bahawa Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) telah memperuntukan sejumlah wang bagi pembangunan kerjaya pelaut. Program ini adalah dikhaskan bagi perakuan bahagian dek dan injin untuk had pelayaran persisiran pantai"


"2. Jenis-jenis kursus yang terlibat dalam program adalah seperti didalam Lampiran 1"
(sila klik pada kursus untuk melihat syarat-syarat COC (cetificate of competency))
  1. Officer in charge of Navigational Watch of 500GT or more Near Coastal Trade Voyage
  2. Master and Chief Mate of Between 500GT and 3000GT Near Coastal Trade Voyage
  3. Master and Chief Mate of 3000GT or more Near Coastal Trade Voyage
  4. Officer in charge of Engineering Watch of 750kW or more Near Coastal Trade Voyage
  5. Chief and Second Engineer of Between 750kW and 3000kW Near Coastal Trade Voyage
  6. Chief and Second Engineer of 3000kW or more Near Coastal Trade Voyage
"3. Biasiswa KWPPL merangkumi pembayaran yuran kursus (temasuk kursus-kursus modular yang diperlukan) dan juga penginapan serta elaun makan. Calon yang berjaya akan dikehendaki menandatangi perjanjian dengan KWPPL dan sebagai satu keperluan pemberian biasiswa, calon tersebut akan dikehendaki untuk berkhidmat di atas kapal bendera Malaysia selama tidak kurang dari 24 bulan setelah memperolehi perakuan kekompetenan"
"4. Pelaut yang memenuhi kriteria-kriteria seperti yang ditetapkan dalam Lampiran 2 hendaklah membuat permohonan menggunakan borang seperti di Lampiran 3."
"5. KWPPL hanya akan membuat tapisan berdasarkan permohonan yang diterima, dan calon-calon yang terpilih akan dipanggil bagi menghadiri temuduga. Hanya Calon yang terpilih sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Temuduga bukanlah bererti permohonan diluluskan."
"6. Borang permohonan yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan di tolak."
"7. Permohonan yang lengkap beserta dengan dokumen sokongan hendaklah dihantar tidak lewat pada 15hb Mei 2010 ke;"

Jabatan Laut Semenanjung Malaysia,
Ibu Pejabat Laut,
Peti Surat 12, Jalan Limbungan,
42007 Pelabuhan Kelang,
Selangor Darul Ehsan.
(u.p: Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Pelaut)

Syarat-Syarat Kelayakan
1. Warganegara Malaysia (anda layak sekiranya memegang Kad pengenalan Malaysia)
2. Pelaut yang berdaftar dengan KWPPL
  • (anda layak sekiranya memegang Kad Pelaut Tempatan yang masih aktif)
3. Berumur sekurang-kurangnya 20 tahun.

4. Mempunyai perkhidmatan laut yang diluluskan tidak kurang dari 3 tahun (Sekurang-kurangnya 12 bulan diatas kapal yang melebihi 500 G.T)
  • (sila sertakan salinan discharge book)
5. Telah menjalankan tugas-tugas pengawasan anjung / bilik enjin dibawah seliaan Nakhoda / Ketua Juruenjin semasa dalam perkhidmatan laut, tidak kurang 6 bulan.
  • (sila sertakan surat/sijil daripada Master / Chief Engineer)
6. Mendapat Sokongan daripada Nakhoda kapal atau Ketua Juruenjin. (sila sertakan surat sokongan daripada Master / Chief Engineer)
7. Mempunyai tata kelakuan yang baik dan tiada rekod tindakan disiplin dikenakan kepadanya.
8. Mampu menulis dan bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
9. Calon yang mempunyai bukti pembelajaran semasa diatas kapal adalah digalakkan seperti buku kerja dan buku latihan yang disahkan oleh Nakhoda / Pegawai Kapal.
10. Calon dikehendaki menulis esei kepada Panel Pemilihan sebelum sesi temuduga (digalakkan menggunakan Bahasa Inggeris) tidak kurang 150 patah perkataan menyatakan pengalaman, halatuju kerjaya dan sebab calon layak untuk geran (klik disini contoh esei)


Cepat jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kerjaya anda sebagai seorang pelaut, dapatkan bantuan dari kerajaan sekarang, hantar permohonan anda dengan segera. Semoga berjaya untuk memperolehi Certificate of Competency yang anda idam-idamkan.
Sila Klik Notis Pemberitahuan dari Jabatan Laut untuk melihat notis tersebut.

Lihat Seterusnya : Biasiswa Pelaut 2011 ( -> klik disini)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts