Pada December 2010, Jabatan Laut membuat pemakluman melalui notis NMPM8/2010 kepada masyarakat pelaut terhadap keperluan atau syarat kelayakan seseorang pelaut bagi mengikuti kursus seterusnya memiliki perakuan kekompetenan (Certificate of Competency - CoC) sebagai Watch Keeping Enginer of 750kW or more on Near Coastal Voyage (WKE>750kW NC).
Dalam Blog ini, yang mana sebelum ini ada menyatakan keperluan atau syarat WKE>750kW NC, kini harus diambil kira perpindahan keperluan/syarat tersebut. Dalam Blog ini, makluman terhadap perakuan kekompetenan bahagian injin masih tidak lengkap, saya kini sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut sebelum dapat saya masukkan dalam blog ini.
Namun, buat masa ini saya masukkan syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam NMPM8/2010.
--------- *** ---------
Syarat-syarat dan kehendak bagi mendapatkan Perakuan Kekompetenan sebagai Pegawai Yang Menjaga Awasan Kejuruteraan 750kW atau lebih Pelayaran Dagang Pesisiran Pantai adalah seperti berikut ;-
a. Pemohon berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
b. Telah bertugas selama 18 bulan sebagai pegawai jurutera (EO) semasa memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Pegawai Jurutera (EO) Kurang dari 750kW Pelayaran Domestik dan Pelayaran Dagang Pesisiran Pantai; atau
c. Telah menamatkan perkhidmatan laut tidak kurang dari 36 bulan sebagai penolong jurutera (Assistant Engineer); atau
d. Telah menamatkan pendidikan dan latihan yang diluluskan dan memenuhi standard kekompetenan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.
-------- *** ---------
Kini pelajar-pelajar lepasan SPM boleh terus mengikuti kursus ini di institusi latihan maritim yang diluluskan oleh Jabatan Laut. Tetapi persoalannya, berapa lama seatime diperlukan untuk layak dapat CoC?
Masalah seatime ini tidak akan menjadi isu bagi mereka yang telah mempunyai pengalaman, hanya perlu hadir kursus persediaan, lulus ujian bertulis dan lulus ujian lisan (oral) di Jabatan Laut. Sekiranya semuanya sudah lengkap, buat permohonan CoC melalui sistem online SDPx dibawah modul Permohonan-CoC-Baru, hantar permohonan secara online. Keesokan hari pergi ke pejabat pelabuhan, bawa sekali dokumen-dokumen yang berkaitan seperti, sijil kursus modular, gambar (jika kad pengenalan tidak boleh dibaca dengan mesin/cip rosak) dan sebagainya. Manalah tahu pegawai pelabuhan hendak tengok dokumen original.
Buat pembayaran dan simpan resit. Follow-up dan track status permohonan melalui online di sistem SDPx, jangan lupa nombor rujukan permohonan atau anda juga boleh membuat semakan berdasarkan nombor pelaut tempatan.
Semoga dengan terbukanya pintu baru ini, lebih ramai lagi engineer yang akan muncul. Terutama sekarang, kerana Malaysia kurang engineer di kapal, terutama di perairan Near Coastal. Buat masa ini kebanyakan kapal malaysia secara umumnya dimonopoli oleh pelaut asing... Sedih nak katakan...
Lagi satu masalah di Malaysia ini, pelaut-pelaut Malaysia tidak satu hati. Tiada kesepakatan dan tidak kuat persatuannya jika dibandingkan dengan negara luar.
Takpe lah, tunggu Jabatan Laut ambil tindakan... Jika begini, maka, suara pelaut Malaysia tidak akan didengari sampai bila-bila. CoC atau certificate of competency atau perakuan kekompetenan pun susah nak dapat.