Thursday, January 13, 2011

Keperluan baru WKE >750kW NC

Pada December 2010, Jabatan Laut membuat pemakluman melalui notis NMPM8/2010 kepada masyarakat pelaut terhadap keperluan atau syarat kelayakan seseorang pelaut bagi mengikuti kursus seterusnya memiliki perakuan kekompetenan (Certificate of Competency - CoC) sebagai Watch Keeping Enginer of 750kW or more on Near Coastal Voyage (WKE>750kW NC).

Dalam Blog ini, yang mana sebelum ini ada menyatakan keperluan atau syarat WKE>750kW NC, kini harus diambil kira perpindahan keperluan/syarat tersebut. Dalam Blog ini, makluman terhadap perakuan kekompetenan bahagian injin masih tidak lengkap, saya kini sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut sebelum dapat saya masukkan dalam blog ini.

Namun, buat masa ini saya masukkan syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam NMPM8/2010.

--------- *** ---------

Syarat-syarat dan kehendak bagi mendapatkan Perakuan Kekompetenan sebagai Pegawai Yang Menjaga Awasan Kejuruteraan 750kW atau lebih Pelayaran Dagang Pesisiran Pantai adalah seperti berikut ;-

a. Pemohon berumur sekurang-kurangnya 18 tahun

b. Telah bertugas selama 18 bulan sebagai pegawai jurutera (EO) semasa memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Pegawai Jurutera (EO) Kurang dari 750kW Pelayaran Domestik dan Pelayaran Dagang Pesisiran Pantai; atau

c. Telah menamatkan perkhidmatan laut tidak kurang dari 36 bulan sebagai penolong jurutera (Assistant Engineer); atau

d. Telah menamatkan pendidikan dan latihan yang diluluskan dan memenuhi standard kekompetenan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.

-------- *** ---------

Kini pelajar-pelajar lepasan SPM boleh terus mengikuti kursus ini di institusi latihan maritim yang diluluskan oleh Jabatan Laut. Tetapi persoalannya, berapa lama seatime diperlukan untuk layak dapat CoC?

Masalah seatime ini tidak akan menjadi isu bagi mereka yang telah mempunyai pengalaman, hanya perlu hadir kursus persediaan, lulus ujian bertulis dan lulus ujian lisan (oral) di Jabatan Laut. Sekiranya semuanya sudah lengkap, buat permohonan CoC melalui sistem online SDPx dibawah modul Permohonan-CoC-Baru, hantar permohonan secara online. Keesokan hari pergi ke pejabat pelabuhan, bawa sekali dokumen-dokumen yang berkaitan seperti, sijil kursus modular, gambar (jika kad pengenalan tidak boleh dibaca dengan mesin/cip rosak) dan sebagainya. Manalah tahu pegawai pelabuhan hendak tengok dokumen original.
Buat pembayaran dan simpan resit. Follow-up dan track status permohonan melalui online di sistem SDPx, jangan lupa nombor rujukan permohonan atau anda juga boleh membuat semakan berdasarkan nombor pelaut tempatan.

Semoga dengan terbukanya pintu baru ini, lebih ramai lagi engineer yang akan muncul. Terutama sekarang, kerana Malaysia kurang engineer di kapal, terutama di perairan Near Coastal. Buat masa ini kebanyakan kapal malaysia secara umumnya dimonopoli oleh pelaut asing... Sedih nak katakan...

Lagi satu masalah di Malaysia ini, pelaut-pelaut Malaysia tidak satu hati. Tiada kesepakatan dan tidak kuat persatuannya jika dibandingkan dengan negara luar.

Takpe lah, tunggu Jabatan Laut ambil tindakan... Jika begini, maka, suara pelaut Malaysia tidak akan didengari sampai bila-bila. CoC atau certificate of competency atau perakuan kekompetenan pun susah nak dapat.

6 comments:

  1. Kenapa perlu tunggu Jabatan Laut ambil tindakan??
    Mereka bukannya suara pelaut. Apa itu kapal pun ramai antara mereka yang tau. Cuba kira, berapa kerat bekas pelaut di Jabatan Laut. Selebihnya mereka hanya "Administrator" sahaja..malahan jika di ukur dari "track record" merekalah yang selalunya menyusahkan pelaut..
    Oleh itu, mungkin sudah tiba masanya pelaut2 perlu menggunakan KESATUAN (Union)Pelaut untuk menguatkan suara pelaut..
    Ada banyak perbezaan antara Persatuan dan Kesatuan..yang jelas sekali ialah..persatuan tidak boleh membuat sebarang aduan mahupun tuntutan secara bebas. Mereka hanya boleh bergerak dengan ahli2 mereka sahaja dan segala aktiviti juga terhad kepada ahli2 mereka shj. Malahan persatuan hanya boleh bersuara dengan memberi cadangan (itu pun kalau mereka mahu dengar). Jauh sekali kalau berdialog atau bermesyuarat dengan "administrator" ini.
    Kesatuan pula sekiranya di tadbir urus dengan baik dan mempunyai ahli yang memadai boleh bersuara dengan lebih baik lagi dan ianya boleh dibantu oleh MTUC.
    Dengan pucuk pimpinan MTUC yg baru, pastinya mereka akan menghulurkan bantuan dari banyak sudut..
    Cubalah pelaut2 gunakan saluran ini. Siapa tahu ianya akan menjadi sekuat CEUPACS, MTUC, NUBE dsb..
    Selamat Berjaya..

    ReplyDelete
  2. Salam Pelaut,

    Semoga berjaya... mengikut rekod-rekod yang lepas, dah banyak kesatuan pelaut yang didaftarkan dibawah MOHR, tapi tak lama lepas tu gulung tikar.

    Biarlah kali ini, jika semua pelaut satu hati maka tiada aral melintang yang kekal, biarpun lautan api maupun badai kencang melanda... semuanya akan di layari.

    ReplyDelete
  3. merujuk pd keperluan baru WKE... bgaimana dengan mereke2 yg telah melaburkan masa,wang dan tenaga utk mendapatkan CoC EO <750 beberapa bulan sblm keperluan baru WKE nie dihuar2kan...

    ReplyDelete
  4. Salam Anonymous,

    Ini adalah isu yang juga dibangkitkan oleh ramai pihak bermulanya keperluan STCW. Tetapi jika di lihat secara praktikalnya, mereka yang memiliki EO akan mempunyai peluang pekerjaan yang lebih luas bagi kapal-kapal yang beroperasi secara domestik.

    Oleh kerana banyak kapal domestik memiliki sijil/dokumen keanggotaan selamat yang memerlukan kelayakan EO. Dan syarikat perkapalan turut mencari pelaut yang memiliki kekompetenan tersebut bagi mengisi kekosongan jawatan serta kelayakan diatas kapal.

    Disebabkan persaingan global yang amat besar membabitkan pelaut (Tempatan & Asing)bagi pelayaran Near Coastal dan Unlimited adalah menjadi satu kelebihan bagi mereka yang memiliki Extra Kekompetenan. Kita perlu satu hati menyatakan kepada pihak berkuasa agar Pelayaran Domestik ini dijadikan Exclusive bagi pelaut tempatan.

    ReplyDelete
  5. Endorsement untuk EO bagi pelaut yang kurang 1 bulan,13 hari(43hari) dari yang telah ditetapkan(18 bulan) adalah tidak dibenarkan.>SETUJU
    -tidak kah keterlaluan examiner mengkehendaki agar pelaut tersebut belayar selama 3 bulan lagi?Adakah ini logik?

    ReplyDelete
  6. rating........yang belayar dngan kpl steam pula
    adakah sekarang dibenar kan mengambil corse wke motor ship.?
    dalam pengambilan corse pula perlu ader EO dahulu atau WKE ?

    ReplyDelete

Popular Posts