Monday, September 9, 2013

Nota dari meja Admin

Salam buat para pembaca blog ini.

Pertama sekali saya memohon maaf kerana tidak dapat membalas setiap komen-komen para pembaca blog. Ini disebabkan soalan-soalan yang di kemukakan adalah berulang-ulang walaupun jawapan yang diberikan juga berulang-ulang. Walaubagaimanapun, harap agar anda (yang komennya tidak dibalas) jangan putus asa untuk meneruskan usaha mencapai impian anda dan menjadi seorang pelaut yang berjaya kelak.

Dalam ruangan ini, saya ingin membalas beberapa persoalan yang umum.

Bagaimana nak jadi pelaut?
Sebenarnya, perkara yang paling merisaukan adalah bagaimana nak dapatkan kerja sebagai pelaut. Tidak kira sama ada pelaut domestik, pesisiran pantai atau tanpa batas pelayaran. Hendak jadi pelaut amat mudah, pergi ke Jabatan Laut dan mohon kad pelaut, dalam satu hari anda boleh menjadi pelaut... MUDAHNYA jadi Pelaut di Malaysia.

Sudah tentu, kalau hendak bekerja sebagai pelaut mestilah bekerja diatas kapal !!!
Oleh itu secara umumnya jenis-jenis kapal adalah seperti berikut;
1. Kapal Kargo - seperti kapal kontena, tangki & penyetoran sejuk
2. Kapal Kerentan (tramp) - seperti mengangkut kayu balak & bijirin
3. Kapal Penumpang - feri & ro-ro
4. Kapal Pesisir Pantai - seperti supply, service, bunker

Ada banyak jenis lagi, namun cukuplah disini untuk permulaan.

Bagaimana hendak membuat pemilihan?
Walaupun dunia ini diibaratkan kejam, namun secara hakikatnya ini lah kenyataan.
Taraf pendidikan menentukan masa depan kita, oleh itu sekiranya anda mempunyai taraf pendidikan berikut mungkin boleh membuat keputusan awalan. Namun tidak bermaksud anda tidak boleh berjaya ke peringkat yang lebih tinggi. Cuma disini membantu anda membuat perhitungan awalan...
1. PMR dan kebawah - Rating, Mate Dom atau Mate Dom (terhad), Engine Officer Domestik
2. SPM - Rating, WKO Near Coastal < 500GT atau WKE >750kW Near Coastal
3. Diploma/Degree - WKO atau WKE Unlimited atau Near Coastal

Bagaimana hendak cari kerja diatas kapal?
Hah!!!!! ini lah masalah utama pelaut. Tiada syarikat hendak mengambil kerja diatas kapal, terutama bagi mereka yang baru berkecimpung dalam kerjaya pelaut atau secara tidak sengaja terjebak dalam kerjaya pelaut. Saya pun tidak mempunyai jawapan yang umum untuk semua persoalan pembaca yang di lemparkan dalam blog ini. Mungkin soalan yang perlu ditanya adalah Apakah yang diperlukan bagi syarikat perkapalan mengambil saya bekerja?
Yang dapat saya fikirkan formula mendapat kerja sebagai pelaut adalah;
1. Memiliki semua kelayakan atau sijil yang diperlukan,
2. Mempunyai pengalaman bekerja atas kapal,
3. Mempunyai prestasi dan kelakuan yang baik (ada recommendation dari majikan lepas)

Namun sebelum memiliki 3 perkara diatas, kita semua mesti bermula dari kosong/tiada.... BERUSAHALAH mencari sehingga dapat, pasti ada syarikat yang bertimbang rasa di luar sana... dan pasti ada orang yang baik hati membantu kita dalam perjalanan hidup ini.

2 comments:

  1. salam ,
    saya mndpat tawaran drpd syrkat kapal d sgapura untk jd direct entry cadet . perlu cllect sea time 2 tahun n buat coc d sgapura 6bulan . tp bila sy baca proses d malaysia , knapa ianya berbeza ?

    ReplyDelete
  2. salam ,
    saya mndpat tawaran drpd syrkat kapal d sgapura untk jd direct entry cadet . perlu cllect sea time 2 tahun n buat coc d sgapura 6bulan . tp bila sy baca proses d malaysia , knapa ianya berbeza ?

    ReplyDelete

Popular Posts