Wednesday, January 26, 2011

Biasiswa Pelaut 2011 Dibuka Semula

"BERITA HANGAT"

Kepada semua pelaut tempatan, program biasiswa-KWPPL sekali lagi dibuka untuk tahun ini 2011. Kepada sesiapa yang berminat sila layari laman web Jabatan Laut untuk memuat turun notis NMPM 1/2011 (Program Biasiswa Latihan dan Pembangunan Pelaut).

Pada tahun lepas 2010, seramai 12 pelaut tempatan telah ditawarkan biasiswa-KWPPL, dan kini mungkin giliran anda pula. Jangan lepaskan peluang ini, hantar permohonan anda secepat mungkin kerana masa tidak menunggu anda.

Tarikh TUTUP Permohonan adalah sebelum "1hb Mac 2011". Ini bererti anda hendaklah memastikan bahawa permohonan anda sampai ke KWPPL sebelum "1hb Mac 2011".

Biasiswa yang diberikan merangkumi pembayaran yuran kursus, penginapan serta makan dan minum penerima biasiswa.

Baca seterusnya (Klik Disini) untuk mengetahui keperluan-keperluan atau syarat-syarat kelayakan.


Dikemaskini pada 07.03.2011 ;
Tawaran Biasiswa Pelaut 2011 telah pun di TUTUP. Harap Maklum.
Bagi mereka yang telah berjaya menghantar permohonan anda, semoga anda berjaya.




8 comments:

  1. Salam, saya berumur 32 tahun, lulusan dgree mekanikal, nak mintak bridging course dah lebih umur, macam mana nak start carrier dalam marne nie tuan ?

    ReplyDelete
  2. Salam Anonymous,
    Saya cadangkan jika tuan tidak keberatan dan sanggup berkorban demi memasuki bidang maritim. Anda boleh bermula dari bawah, contohnya mengambil kursus WKE-Near Coastal atau EO. Tetapi seatime atau pengalaman belayar diperlukan untuk melayakkan anda mendapat COC.

    Tuan juga boleh bekerja dengan pihak atau syarikat perkapalan sebagai ejen, manager, survey, insuran, etc... yang berkaitan dengan maritim untuk mengetahui selok belok industri maritim. Dari situ anda dapat menentukan minat anda dan mengenali lebih lanjut terhadap industri maritim ini.

    ReplyDelete
  3. Hi.. I've got more than three years seatime experience n am nw taking WKO>500GT.. Is it still possible to apply for the study grant?

    ReplyDelete
  4. Dear H.Y.Ha,
    I advice you to send your application directly to Marine Department. If you fulfill the requirement as stipulated i am sure that you would be eligible for that grant.

    ReplyDelete
  5. saya bakal graduan UPNM dalam bidang maritim. tetapi masih tidak tahu ke mana arah yang perlu dituju selepas bergraduat. bagaimana cara untuk saya mulakan kerjaya dalam bidang maritim?

    ReplyDelete
  6. moha amir hamzah
    saya bakal student reti education diploma in maritime management kemasukan 3july2011 kemana hala tuju saya selepas menjalani kursus ini

    ReplyDelete
  7. mohd amir hamzah
    saya masih ragu2 dalam bidanng ini.saya masih belum tahu yuran pembelajaran dalam diploma in maritime mqanagement di ranaco boleh sesiapa yang sudi jelaskan.

    ReplyDelete
  8. Saya dari brunei darussalam, saya ingin benar-benar mengambil course MATE LESS 500GT DOMESTIC, macam mana? harga nya berapa? berapa lama? bila bermula?..

    ReplyDelete

Popular Posts