"Salute to Seafarer"
Demikian tema yang di berikan oleh Jabatan Laut Malaysia pada tahun ini sempena sambutan 'Hari Terbuka Pelaut' yang telah diadakan di Ibu Pejabat, Jabatan Laut Wilayah Tengah, di Pelabuhan Klang, bersama-sama dengan IMO yang menyambut tahun 2010 yang di dedikasikan kepada pelaut dengan slogan '2010: Year of the seafarer'.
Saya berfikir, kali ini apa pula yang akan diwar-warkan oleh Jabatan Laut untuk kebaikan para pelaut Malaysia ??? berdebar-debar hati menunggu ucapan yang berbahagia Dato' Ketua Pengarah Laut.
'SDPx - JobSeeker', itulah yang disebut beliau..... 'BIASISWA' ditambahnya pula...
Pada hari tersebut seramai 6 orang yang menerima Biasiswa-KWPPL, 'syukur'... dalam hati ini berkata. Akhirnya Jabatan Laut membuka lembaran baru, setelah sekian lama ditunggu-tunggu. Dahulunya, Jabatan ini ada memberi kemudahan pinjaman kepada pelaut tempatan, namun disebabkan pulanganya tidak memuaskan, duit pun tidak dapat rolling, program tersebut diberhentikan. Ini sama dengan kes PTPTN la ni, peminjam tidak membayar balik pinjaman. Walaupun permohona biasiswa tersebut telah ditutup untuk tahun ini, namun permohonan baru akan dibuka tahun hadapan. Dinasihatkan kepada warga pelaut agar sentiasa melihat dan menyemak notis Jabatan Laut atau melayari www.marine.gov.my untuk makluman lanjut.
Apa pula SDPx-JobSeeker ??? dalam ucapan beliau, modul JobSeeker adalah satu platform yang diwujudkan dibawah sistem SDPx (online), tujuan utamanya adalah sebagai pengantara komunikasi terhadap syarikat perkapalan dan pelaut Malaysia. Platform ini memberi kemudahan secara PERCUMA kepada pelaut tempatan yang mencari kerja atas kapal.
Secara ringkasnya, pelaut tempatan hanya perlu memohon secara online, membuat pengakuan dan menerima syarat-syarat permohonan sebelum menghantar permohonan secara online. Sejurus butang 'Hantar' di klik, nama pelaut tersebut akan disenaraikan dalam sistem SDPx-JobSeeker. Apakah syarat-syarat permohonan ??? jika anda membaca artikel dalam blog ini berkenaan 'Kad Pelaut' dan 'Pendaftaran Permohonan melalui SDPx' anda akan faham syarat-syarat yang diperlukan.
Dari pihak syarikat perkapalan pula, mereka akan melihat senarai yang dipaparkan dalam SDPx-JobSeeker. Syarikat atau ejen akan membuka profil pelaut satu per satu, menilai dan menyemak kelayakan, sijil-sijil modular, kesihatan dan sebagainya. Sekiranya mereka berkenaan, maka syarikat atau ejen akan menghubungi pelaut berkenaan (nombor telefon/hp yang diberi sewaktu permohonan) untuk meminta mereka menghantar CV atau resume.
Melalui semakan saya, saya dapati ramai pelaut tempatan (pelbagai gred/kapasiti) yang telah memohon melalui kaedah ini. Tetapi berapa ramai yang telah diambil bekerja??? bab ini saya tidak dapat semak, semoga Jabatan Laut dapat memberikan gambaran atau statistik pelaut yang diambil bekerja pada masa akan datang. Harapan saya semoga ramai yang berjaya.
Namun, nasihat saya agar pelaut-pelaut semua yang mengunakan SDPx-JobSeeker, jika anda ingin syarikat berminat terhadap anda, pastikan maklumat dalam SDPx telah dikemaskini.
Mungkin soalan-soalan berikut dapat memberikan anda sedikit gambaran apa yang dinilai oleh syarikat atau ejen;
1. Adakah pelaut ini mempunyai pengalaman belayar ?
2. Apakah jenis kapal yang pernah dinaiki?
3. Apakah jawatan/gred/kapasiti pelaut sewaktu berkhidmat diatas kapal?
4. Adakah pelaut ini sihat tubuh badan dan penglihatan ?
5. Apakah kelayakan pelaut ?
6. Adakah sijil-sijil yang dipengang masih sahlaku atau tidak tamat tempoh?
Nampaknya Jabatan Laut masih mengambil berat terhadap pelaut. Walaupun ini tidak mengubah banyak, namun ada inisiatif yang diambil oleh Jabatan demi hal-ehwal pelautnya.
Tahun ini juga dengan sambutan 'Hari Maritim Sedunia' banyak aktivit-aktiviti yang telah dianjurkan oleh Jabatan Laut untuk komuniti perkapal secara amnya dan pelaut khususnya. Penganjuran Karnival Mypelaut merupakan satu sambutan yang 'happening'. Syabas diucapkan.
'2010:Year of the seafarer'
'Salute to Seafarers'
Wednesday, November 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Gambarajah dibawah memberi sedikit maklumat berkaitan kerjaya seorang pelaut dalam bidang kelautan samaada di Bahagian Dek ataupun Bahagian ...
-
Artikel ini bertujuan untuk memberi sedikit gambaran berkenaan situasi semasa yang berlaku di Malaysia. Ia adalah sedikit analisis terhadap ...
-
In 2009, Marine Department has upgraded its system from conventional to online-internet services. I wonder how much the government had spen...
-
PROGRAM BIASISWA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN KERJAYA PELAUT SEAFARER’S CAREER DEVELOPMENT AND TRAINING SPONSORSHIP PROGRAMME Kumpulan Wang Pu...
-
As I have mentioned early Certificate of Competency are divided into two (2) departments. The first one known as Deck Department and the ot...
-
"Salute to Seafarer" Demikian tema yang di berikan oleh Jabatan Laut Malaysia pada tahun ini sempena sambutan 'Hari Terbuka P...
-
Malaysia Flag Ship can now do crew sign on/off through online. How wonderful is that? But, in order to familiarize with the system it sure ...
-
Have you ask this question to yourself or to others ? One day a man who is driving his brand new Volvo car has been ask by the police to s...
-
To obtain this Certificate, one must holding Chief Mate of between 500GT and 3,000GT Near-Coastal Trade Voyages certificate and have serve i...
-
Before anyone could obtain the certificate issued by Marine Department, one must attend courses and obtain certificates as proof of competen...
Alhamdulillah..ada juga mereka yang di Jabatan Laut itu masih prihatin terhadap pelaut. Mungkin sudah tiba masanya pelaut2 memberi tekanan supaya jumlah tabung "BIASISWA" yang sedia ada di perbesarkan dan bilangan pelaut yang menerimanya di perbanyakkan.
ReplyDeletePersatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) seharusnya membantu dengan memberi sumbangan kewangan untuk tabung ini bagi memperluaskan dan memperbanyakkan ramai lagi pelaut Malaysia.
Dengan sistem yang telah dibangunkan oleh KWPPL ini pastinya ia akan memberi faedah bukan hanya untuk pelaut malah pemilik kapal dan industri perkapalan Malaysia.
Salam Pelaut,
ReplyDeletePada tahun ini, pihak KWPPL akan membuka lembaran baru, Biasiswa-KWPPL ini seperti yang dijanjikan akan dibuka semula. Sesiapa yang berminat sila buat persediaan awal menyediakan dokumen-dokumen sokongan, surat atau apa-apa dokumen yang boleh menyokong permohonan anda untuk mendapatkan biasiswa atau bantuan ini.
Semoga anda berjaya dan maju dalam bidang kelautan.
Dear All,
ReplyDelete1. Our principal is looking for 1 x Assistant Engineer.
2. Shore office job based in the heart of Kuala Lumpur.
3. Job tasks will be more on MS Office multitasking, technical drawing analysis, business opportunities analysis, commercial tasking, maritime law , client’s contract review, and other related tasks on demand basis.
4. Marine / Petroleum / Mechanical engineering background is much preferable.
5. This job will be on contract basis (renewal annually depends on the performance and principal decision)
6. Candidate must be willing :
a) to work under pressure
b) self starter
c) goal oriented
d) catching up deadline for report submission
e) willing to work in multinational organization
f) and acquire good English communication / writing skills.
7. Female candidate is encourage to apply.
8. Please send you CV to df_mudengineer@outlook.com
9. In your CV please put your recent photo, working history / experience, expected salary and some reasons why should we hired you.