KETERANGAN PROSES PERMOHONAN BIASISWA PELAUT KUMPULAN WANG PUSAT PERDAGANGAN LAUT (KWPPL)
1. PROSES PERMOHONAN
1.1. Permohonan biasiswa ini mestilah dilakukan secara rasmi oleh peserta/pelaut berwarganegara Malaysia secara langsung tanpa melibatkan sebarang pengaruh atau sokongan daripada mana-mana institut latihan maritim.
1.2. Permohonan hendaklah dikemukakan dengan borang yang lengkap, dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan, serta mematuhi kriteria kursus di Lampiran 1 dan syarat di Lampiran 2 pada Nota Maklumat dan Panduan Marin bilangan 1/2013 (NMPM 1/2013).
1.3. Klik Save PDF setelah borang diisi lengkap. Penghantaran permohonan dilakukan secara emel kepada info.kwppl@gmail.com (muat turun BORANG PERMOHONAN)
3. TANGGUNGJAWAB PEMOHON
3.1. Pemohon mestilah tidak mempunyai rekod jenayah.
3.2. Tidak mempunyai sebarang aduan/masalah disiplin yang melibatkan tatatertib ketika menjalankan kursus atau ketika tempoh perkhidmatan laut di atas kapal.
3.3. Tidak mempunyai penyakit kronik atau sebarang penyakit/kecederaan yang memerlukan pengambilan ubat atau sesi pertemuaan dengan pemeriksa kesihatan secara berterusan.
3.4. Penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris pemohon mestilah pada tahap yang sangat memuaskan.
4. TEMUDUGA CALON
4.1. Pemohon yang layak ditemuduga akan diberikan tarikh dan tempat temuduga oleh urusetia KWPPL. Sekiranya calon temuduga sedang berkhidmat pada tarikh tersebut, calon dikehendaki mengemukakan bukti yang kukuh.
4.2. Jika terbukti dan diterima oleh urusetia KWPPL bahawa calon tidak dapat menghadirkan diri ke sesi temuduga pertama kerana sedang berkhidmat di atas kapal, beliau diberikan kelonggaran untuk menghadirkan diri pada satu (1) kali sesi temuduga yang seterusnya.
4.3. Permohonan calon akan ditolak sekiranya: - Gagal menghadiri kedua-dua sesi temuduga yang telah dinyatakan; - Lewat menghadirkan diri mengikut masa yang ditetapkan; - Tidak memberikan pengesahan terhadap maklum balas temuduga kepada pihak KWPPL; - Tidak mematuhi syarat keterangan permohonan atau NMPM 1/2013; - Menduduki/menyelesaikan kursus yang dimohon melebihi tempoh kelulusan penajaan yang dibenarkan.
4.4. Calon yang berjaya pada sesi temuduga dan terpilih mendapatkan penajaan biasiswa KWPPL akan diberikan surat rasmi penerimaan biasiswa dan surat tersebut sah digunakan di semua institut latihan maritim yang diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia
No comments:
Post a Comment