Friday, November 1, 2013

Pencalonan 'The International Seafarers' Welfare Awards 2014'

LIVERPOOL, United Kingdom, Okt 31, 2013 (GLOBE NEWSWIRE melalui COMTEX)--KVH Industries, sebuah pembekal terkemuka bagi sistem televisyen dan komunikasi satelit, telah dinamakan penaja media bagi Anugerah Kebajikan Pelaut Antarabangsa 2014. Media sosial KVH's Crewtoo dan akhbar digital NewsLink, yang bertapak di Liverpool, pembekal utama perkhidmatan kebajikan kru Maritim. Crewtoo dan NewsLink dahulunya sebahagian daripada Headland Media, yang telah diperolehi oleh KVH's Industries awal tahun ini. Headland Media kini dipanggil KVH Media Group. KVH Industries, Inc, mempunyai Ibupejabat global di Amerika Syarikat.

Anugerah kebajikan Pelaut Antarabangsa 2014,  dianjurkan oleh International Seafarers' Welfare and Assistance Network (ISWAN), sebuah organisasi berlokasi di U.K. yang khusus untuk menggalakkan kebajikan pelaut dan pelaksanaan Maritime Labour Convention (MLC) 2006, dengan memperjuangkan pelbagai faedah kebajikan anak kapal.

Anugerah ini adalah peluang untuk pelaut di seluruh dunia untuk menamakan syarikat perkapalan kegemaran, Pusat pelaut kegemaran dan pelabuhan, dan pilihan mereka bagi personaliti kebajikan tahun. Pencalonan untuk Anugerah ini boleh dibuat di www.seafarerswelfareawards.org dari sekarang sehingga 26 November 2013.


  • Adakah anda akan mencalonkan nama syarikat Malaysia dalam mana-mana kategori bagi memenangi anugerah tersebut ?
  • Pernahkah anda menerima sebarang anugerah dari industri/syarikat/agensi yang berkait dengan maritim ?

No comments:

Post a Comment

Popular Posts