Thursday, July 12, 2012

Maritime Labour Convention 2006 Status


12 Julai 2012, Konvensyen Buruh Antarabangsa 2006 iaitu MLC 2006 hampir berada dikemuncak. Kini seluruh dunia menunggu 2 negara terakhir meratifikasi konvensyen tersebut dan seterusnya merealisasikan impian ILO bagi menguatkuasakan MLC06 di seluruh dunia. Adakah Malaysia akan menjadi salah satu 2 negara terakhir tersebut? Ataupun Malaysia akan tunggu dan lihat? Negara-negara lain yang telah menjadi ahli kepada MLC06 menggunakan perkhidmatan RO atau Class untuk pemeriksaan dan pengeluaran sijil MLC, adakah Malaysia akan mengikut jejak mereka? Bagaimana pula dengan kapal-kapal yang belayar di had pelayaran domestik, adakah kapal-kapal ini juga harus memenuhi keperluan MLC06? Walau apapun percaturan kerajaan Malaysia, kebajikan pelaut harus diutamakan. Sudah semestinya, seperti konvensyen-konvensyen lain yang dikuatkuasakan akan melibatkan kos, dan kos ini pertama sekali akan ditanggung oleh pemilik-pemilik kapal. Namun, janganlah pelaut menjadi mangsa pada akhirnya sehingga mereka pula terpaksa menanggung kos tersebut. MLC06 ini mengutamakan Pelaut, maka biarlah pelaut bergembira atas kewujudan konvensyen ini....... pada akhirnya....


Apakah kesan MLC06 ini kepada Malaysia, terutamanya kepada pemilik-pemilik kapal? 
Adakah benar MLC06 ini akan dapat memberi keistimewaan atau kebaikan kepada pelaut?


No comments:

Post a Comment

Popular Posts