Monday, March 8, 2010

Pelaut

Satu pesanan untuk pelaut-pelaut sedunia

International Maritime Organization (IMO) telah memutuskan untuk mendedikasikan tahun
hadapan untuk anda dengan memilih tema Hari Maritim Sedunia, "2010: Tahun Pelaut". Niat
kami adalah untuk melahirkan satu penghormatan kepada 1.5 juta orang pelaut di seluruh dunia
di atas sumbangan anda yang unik dan jarang dilihat demi kesejahteraan kami.

Kami akan berbuat demikian dengan menghayati dan mengiktiraf perkhidmatan anda yang luar
biasa, kerana kehidupan profesional anda yang sering berada di dalam situasi berbahaya, dalam
menyampaikan kepada lebih 6.5 bilion rakyat dunia, gandum yang membuat roti harian kami,
gas dan minyak yang memanaskan rumah-rumah kami atau mengerakkan kenderaan kami dan
hadiah-hadiah yang kami kongsikan dengan keluarga-keluarga dan rakan-rakan kami pada
musim perayaan .

Di IMO, kami sedar peranan penting yang anda mainkan dalam membantu kami mencapai
objektif perkapalan yang selamat, sejahtera, pelayaran paling efisien di lautan yang bersih – iaitu
matlamat kami, sebagai agensi khas Bangsa-bangsa Bersatu yang bertanggungjawab ke atas
peraturan-peraturan perkapalan antarabangsa dan sebagai seorang anggota maritim Antarabangsa.

Maka, kami akan menyambut Hari Maritim Sedunia pada tahun hadapan dengan rasa bangga di
atas sumbangan anda yang mengangkut lebih daripada 90% perdagangan antarabangsa serta
pembangunan manusia mampan.

Selain itu, kami juga memberi keyakinan kepada anda dimana kami yang menerajui sistem
peraturan antarabangsa dan memantau pelayaran perkapalan di darat, amat memahami tekanan-tekanan yang anda hadapi. Dengan itu, kami akan melaksanakan tugas-tugas kami dengan memahami tugas-tugas yang anda jalankan.

Pada masa yang sama, kami akan cuba memberi dorongan serta semangat melalui kempen
"Pergi ke Laut!" yang telah kami lancarkan pada bulan November 2008 untuk menarik pelaut-pelaut baru ke dalam industri perkapalan, khususnya; bagi menggalakkan golongan-golongan
muda untuk mengikuti jejak langkah anda dengan menjadi pelaut pada masa hadapan. Kami
melancarkan kempen ini dengan kerjasama Pertubuhan Buruh Antarabangsa; badan-badan
organisasi yang lebih dikenali sebagai "Round Table" (iaitu International Chamber of Shipping,
International Shipping Federation, BIMCO, International Association of Independent Tanker
Owners and International Association of Dry Cargo Shipowners) dan badan organisasi
‘International Transport Workers' Federation’, yang akan menyertai kami untuk meraikan Tahun 2010 sebagai ‘Tahun untuk Pelaut’.

Apa yang paling penting ialah mesej kami yang jelas kepada seluruh komuniti perkapalan agar
memahami dan mengambil berat tentang anda. Ini boleh dilihat melalui usaha-usaha kami
memastikan bahawa anda akan di layan dengan adil sekiranya anda terlibat di dalam kemalangan maritim; dijaga apabila anda terabai ketika di pelabuhan; tidak dihalang mendarat dengan alasan sekuriti pelabuhan; dilindungi apabila melalui kawasan lanun dan juga tidak ketinggalan, bantuan dihulurkan apabila anda ditimpa kecelakaan di laut.

1.5 juta orang pelaut berkhidmat untuk keperluan lebih daripada 6.5 bilion rakyat di dunia! Ia
adalah satu hakikat yang tidak disedari atau dipandang ringan oleh kebanyakan orang. Pelaut
harus mendapat penghormatan, pengiktirafan dan penghargaan dari rakyat sejagat dimana pada
tahun 2010, kami di IMO akan memastikan bahawa peranan dan sumbangan pelaut akan diberi
perhatian. Terima kasih kerana itu!

Salam mesra untuk musim Perayaan dan Tahun Pelaut- Selamat Pulang ke rumah!



* Artikel ini dipetik dari Web Jabatan Laut

No comments:

Post a Comment

Popular Posts